Latarbelakang peribadi Genda Singh

Genda dilahirkan di India pada 2 Februari 1922, tiba di Malaya pada 1942 ketika berkhidmat untuk Tentera India British. Selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau diberi kerakyatan dan memilih Ipoh, Perak sebagai tempat untuk didiami.

Beliau berkahwin dengan Mohinder Kaur dan dikurniakan dengan enam orang anak iaitu Semret, Kulwant, Kaldip, Manohor, Mahinderjit dan Persin Kaur.